Kini saya dalam proses menjadi pencetus ummah dalam takaful Sarawak. Ini adalah komitmen terbesar dalam sejarah hidup saya sejak muda lagi  dan kini usia pulak dah kurang muda.

Maknanya dalam tempoh tersebut saya telah menganyam angan-angan terbaik untuk menjadi kenyataan.

Masa hampir tiba.

Semangat semakin membara kerana saya tahu kemuncak kepuasan apabila mampu menyampaikan ilmu dan info di hadapan khalayak yang ramai.

Lagi ramai lagi best agar ramai mendapat manfaat dan kebaikan.

Takaful Sarawak

 Nampaknya dalam masa terdekat ini saya akan memberi komitmen sebagai pencetus ummah dalam takaful.

Saya perlukan satu pasukan yang mantap kerana tugas ini amat mencabar.

Mereka akan menjadi team tetap dan boleh melakukan promosi secara langsung kepada prospek yang hadir dalam sesi ceramah yang bakal dijalankan.

Peluang saya buka untuk menjadi team tetap atau wakil kawasan.

Saya tak kisah di mana anda berada. 

Cuma keutamaan kepada mereka yang boleh berurusan secara offline dengan saya buat permulaan.

Maksudnya anda memang berada di Samarahan atau Kuching.

Lain-lain tempat sebagai wakil kawasan saya memang alu-alukan kerana pergerakan sesi ceramah saya akan ke semua tempat berdasarkan permintaan.

Nota kaki :

Artikel ini telah saya tulis pada 17 April 2015. Sayangnya saya tidak berjaya sebagai ejen Takaful