Jom Sediakan Payung Sebelum Hujan



Sekarang belum musim hujan. Ada tempat yang kemarau. Panas terik berpanjangan.

Ini tidak bermakna payung hanya digunakan ketika hujan. 

Payung juga boleh digunakan ketika cuaca panas untuk melindungi kita dari pancaran UV .

Lihat betapa pentingnya payung kepada kehidupan.

Mari kita lihat manfaat perumpamaan sediakan payung sebelum hujan. Saya dan juga anda bukan ahli nujum pak belalang.

Maksudnya kita tak tahu apa yang berlaku esok hari,minggu depan atau bulan hadapan. Apatah lagi untuk mengetahui tahun 2016.

Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Mungkin ada yang mengalami musibah kemalangan yang menyebabkan kematian atau kecacatan kekal menyeluruh.

Kita memang tak nak ia berlaku namun sebagai persediaan antara mahu dengan tak mahu ialah kita mesti ada perlindungan takaful.

Wah ! saya macam ejen takaful pulak.

Saya juga faham ramai dikalangan kita yang mempunyai kewangan yang tak cukup-cukup.

Nak bayar premium takaful bulanan berjumlah RM50 pun susah. Bajet asyik lari ke je.

Kejar yop kejar yop tak juga dapat. Ditambah lagi dengan kos 6 peratus oleh GST. Pening kepala den nak fikirkan perkara ini.

Nota kaki:

Artikel ini telah diterbitkan pada 10 Mei 2015. Kini telah diubahsuai untuk kekal relevan 


0 Comments