Kalau ditanya dengan saya untuk pilih kereta manual atau kereta automatik, sudah tentu saya pilih kereta yang transmisi manual.

Ada beberapa sebab.

Antaranya kereta manual lebih feel rasa memandu.

Selain itu boleh mengurangkan fikiran yang melayang kerana gear kereta manual perlu ditukar secara kerap.

Faktor lain kerana kos selenggara yang murah.

Mungkin atas sebab itu Perodua telah mengeluarkan Axia E manual sebagai kereta Rahmah dengan RM22 ribu di seluruh Malaysia.

Nota mrhanafi:

Kereta automatik sedap dibawa ketika jalan sesak dan minyak boleh tahan juga jika jalan dalam bandar.