Kisah Penjual Pakaian Kanak-Kanak

 baju kanak-kanak

Mrhanafi nak imbas kembali beberapa artikel yang pernah disiarkan dalam blog ini dan blog Hero Borneo Team.

Tujuannya agar pembaca tidak terlepas kisah penjual pakaian kanak-kanak yang mrhanafi anggap sangat menarik kisahnya.

Mrhanafi menulis dua artikel manakala Bro Ishak Hasimi satu artikel mengenai hal tersebut.

Kami dari Hero Borneo Team amat memahami situasinya sekarang ini.

Sebab itu kami terpanggil untuk menulis satu lagi artikel yang ringkas dan santai khas untuk membantu beliau membuat promosi. 

Kisah penjual pakaian kanak-kanak merujuk kepada Mohd Sajali.

Beliau antara usahawan yang cukup berani untuk menyewa satu kiosk di pusat membeli belah Summer Mall dengan sewaan yang agak tinggi.

Risiko yang ditanggungnya bukan sedikit namun hasrat untuk berjaya menjadi usahawan tidak akan terpadam biar apapun halangan mendatang.

Kami membantu pihaknya dengan menyiarkan sekali lagi artikel ini dan 3 pautan ke atas artikel yang lepas untuk tatapan dan bacaan para pembaca jika artikel terlepas sebelum ini.

Semoga paparan artikel kali ini boleh menaikkan jumlah jualannya.

Kita mesti membantunya dengan sokongan moral dan jika ada keperluan boleh juga membeli pakaian kanak-kanak yang telah diniagakan di kiosnya.

Lagi pun koleksi pakaian kanak-kanaknya memang menarik dan terkini di pasaran.

Harga pun berpatutan dan boleh dirunding dengan lebih lanjut. 

Berikut ialah artikel yang pernah mrhanafi dan Bro Ishak Hasimi tulis serta terbitkan sebelum ini.

1.Jejaka Samarahan Ini Nak Buat Kecoh

2.Kisah Tragis Anak Muda Samarahan Kembali Bangkit Selepas Trajedi Hitam

3.Lumpuh Tangan Kanan Menjadi Semangat Untuk Pemuda Ini Berniaga Membuat Kami Sebak

Kami dari Hero Borneo Team berdoa supaya pemuda hebat ini mendapatkan rezeki yang mantap, kesihatan yang terbaik dan perniagaan lebih maju sebelum ini.

NOTA KAKI:

Kiosk jualan saudara Sajali sudah tiada lagi dan perkembangan terkini beliau juga tidak diketahui.

Artikel promosi ini pernah diterbitkan pada 30 September 2016.

0 Comments