Miss Call Dari Downline ( edisi kemas kini )



Ketika tengah bekerja saya terperasan ada miss call. Namun saya tak boleh berbuat apa-apa. Sebaik sahaja habis  kerja saya terus menghubungi nombor yang tertera.

Rupa-rupanya downline yang baru mendaftar sebagai ahli Best Mobile Prepaid. 

Beliau berada di Sabah. Jauh juga tu.


Beliau nak tanya bisnes Best Mobile Prepaid.Jadi saya sarankan beliau untuk baca dengan teliti laman web promosi. 

Sebagai tambahan beliau boleh juga membaca blog ini  dari semasa ke semasa untuk mengetahui cara untuk menjalan bisnes Best Mobile Prepaid ini.

Jika sudah dilancar secara rasmi saya bercadang untuk membuat promosi melalui bisnes tour seperti ceramah bisnes preview.

Ini peluang terbaik untuk saya mencari pengalaman public speaking.

Sebelum ini saya pernah buat dalam bisnes networking yang lain dan ternyata ia mempunyai kesan yang memberangsangkan.

Pada masa kini  saya akan lakukan promosi link website downline melalui blog ini supaya dapat menaja sama seperti saya.

Itu adalah satu keistimewaan yang bakal mereka nikmati dengan berada dalam rangkaian rakan niaga saya.

Nota kaki:

Bisnes Bestmobile sudah bungkus. Saya sendiri tidak tahu mengapa terpaksa bungkus. Ada yang kata disebabkan pihak pengurusan.

Wallahualam

Artikel asal dari mrhanafi.com  dan telah dipadamkan buat selama-lamanya 

0 Comments