Oh Mood Menulis Kenapa Ke Laut

anak cemerlang

Nampaknya mood mrhanafi berblogging ke laut juga.

Hampir setiap hari tiada idea menarik untuk dikongsikan dalam blog.

Menghadap sahaja laptop maka perasaan tak nak menulis membuak-buak.

Ia seolah memprotes. Membantah kepada si pemunya diri iaitu mrhanafi.

Lantas tiada kaedah paling baik selain tutup sahaja laptop.

Alihkan fikiran untuk buat perkara lain pula. Paling cikai pun tidur dan terus tidur sebagaimana orang biasa.

Bukan penulis blog.

Jika keadaan ini berterusan mrhanafi pasti kerugian. 

Ada banyak blog perlu diuruskan.

Lepas ini akan terbiar.

Bersarang dengan labah-labah.

Namun mrhanafi akan berazam menulis lebih aggresif untuk tahun hadapan.

Azam yang mudah dan pelaksanaannya tak semudah praktikal.


Nampaknya artikel kali sangat ringkas. 

Betul-betul hilang fokus mrhanafi untuk menulis lebih jauh lagi.

Mrhanafi perlukan ketenangan dan emosi yang mantap.

Agar apa yang tertulis di sini lebih menarik lagi.

Baiklah.

Itu sahaja.

NOTA KAKI :

Artikel ini pernah diterbitkan pada 15 Disember 2015.


 

0 Comments