Projek Tukar Kad ATM Baru

 kad atm

Beberapa hari yang lepas mrhanafi dan isteri buat satu projek.

Maaf projek berkaitan dengan penukaran kad ATM bank yang baru.

Demi menjaga keselamatan diri dan keluarga, mrhanafi tidak akan sebut nama bank dalam artikel ini.

Manalah tahu ada pihak yang cuba mengandaikan mrhanafi sudah mempunyai wang yang berjuta-juta dalam bank.

Kalau betul alhamdullilah. Kalau belum in shaa Allah.Mudahan saja.

Kita doakan bersama-sama.Aamiin. 

Mrhanafi mendapat mesej dari skrin mesin ATM.’Your card expired soon’.

Mula-mula terkejut.kerana kad ATM pun boleh tamat tempoh.

Akhirnya sedar bahawa dah lama juga mrhanafi menggunakan kad ATM tu.

Kira dah berpuluh ribu juga duit ditransaksikan keluar melalui kad ATM tersebut.

Kebetulan pula isteri yang pertama ada masa lapang.

Jadi kami ambil keputusan untuk buat projek tukar kad ATM bersama-sama.

Dia menukar kad ATM bank  yang berbeza.

Mrhanafi pula kad ATM bank yang lain.

Destinasi kami berbeza namun halatuju tetap sama iaitu menukar kad ATM yang baru.

Mrhanafi sudah sampai di bank satu jam lebih awal.

Isteri pun sama di bank yang lain.

Masing-masing terpaksa menunggu waktu.

Sambil menunggu masa bank buka mrhanafi layan dulu media sosial. 

Sambil-sambil tu berangan betapa bahagianya jadi orang kaya.

Ada duit berjuta-juta. Nak pergi umrah atau bina rumahtangga  baru tak perlu pening kepala.

Segala-galanya dihujung jari. Satu klik pada bahagian enter boleh mengubah keadaan dari tiada menjadi ada.

Masukkan kad ATM, nombor pin dan pilih jumlah duit yang nak dikeluarkan.

Selepas itu terbau akan bau duit yang sungguh enak dan harum.

Hati girang tak terkata dan jiwa gembira tiada kesudahannya.

Lebih nikmat jika jumlah duit yang dikeluarkan itu agak banyak. Dah.

Jangan berangan terlalu jauh pulak.

Mrhanafi ambil nombor giliran dan menunggu hampir setengah jam.

Ternyata urusan penukaran kad ATM ambil masa.

Percuma sahaja dan layanan yang percuma juga mrhanafi dapat dari pegawai bank yang bertugas di Servis Pelanggan.

Muka yang serius dan mencurigai. 

Itulah kelemahan orang yang bekerja bidang diperbankan,

Mereka kedekut dengan senyuman kerana terlalu fokus dengan soal kerja yang melibat angka semata-mata. 

Kepada pembaca yang belum lagi untuk menukar Kad ATM  bank yang nak tarikh luput tu  maka dipersilakan berbuat demikian.

Bawa kad pengenalan dan kad ATM yang lama.

Senang dan mudah sahaja.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog ini.

NOTA KAKI:

Artikel ini pernah diterbitkan pada 27 Ogos 2016

0 Comments