Baru-baru ini saya tengok satu reel di Facebook mengenai cara cepat untuk mengempiskan perut.

Katanya minum air kosong antara dua hingga tiga liter sehari.

Pastikan air tersebut air kosong sama ada sejuk atau panas.

Antara percaya atau tidak, saya mahu cuba sendiri.

Walaupun saya tahu ia memang ada betulnya kerana menurutnya minum air kosong yang banyak akan menurun selera mahu makan.

Dalam masa yang sama, air kosong tidak mengandungi kalori.

Nota mrhanafi :

Kelemahan minum air banyak selalu ke tandas dan kelebihan pula menjernihkan air kencing.

Bagaimanapun pesakit buah pinggang perlu minum air berdasarkan saranan doktor.

Sehingga artikel ini dicoretkan saya sudah menghabiskan air kosong satu liter.