Sejak akhir ini saya mula perasan.

Ingatan saya semakin merosot dan sukar untuk mengingati nama, tempat dan fakta.

Proses mengingati memgambil masa yang cukup lama.

Namun saya tetap bersyukur juga kerana dalam usia begini saya masih aktif menulis dan membaca buku.

Cuma apa yang saya baca sukar pulak untuk dingati balik.

Dengan peningkatan umur yang semakin dekat separuh abad, saya akui faktor penurunan hormon testosteron main peranan. 

Mudah-mudahan sindrom mudah lupa yang saya hadapi ini boleh diatasi segera nanti.

Proses mengembalikan prestasi otak sedang dilakukan..

Doakan kejayaan tersebut.

Nota mrhanafi :

Saya harap kisah sedih dapat dilupakan dan kisah gembira boleh diingati sampai bila-bila.

Ada kisah saya kena scammer dalam artikel Apa perlu buat jika kena scammer… kisah benar dari pengalaman sendiri