Bayangkan anda ada gaji RM35 ribu sebulan hanya sebagai pemandu peribadi.

Gaji tersebut boleh beli Axia Type R manual yang berharga RM22 ribu secara tunai. 

Tawaran ini memang gila-gila tetapi perlu ingat ada syarat yang amat ketat sebelum anda menerima jawatan tersebut.

Ada seorang wanita kaya ingin mencari pemandu peribadi untuk mengendali kereta mewahnya yang berharga  RM4 juta.

Wanita tersebut telah menetapkan syarat-syarat seperti berikut:

1.Boleh memandu kereta dengan stabil tanpa menggerakkan kepala

2.Faham kemahuan penumpang seperti membuka pintu dan elakkan kepada terhantuk di pintu.

3.Fasih berbahasa Inggeris kerana tuannya ramai tetamu asing.

4.Pemandu tersebut perlu tampan dan ada ciri-ciri yang boleh melindungi tuannya dari sebarang ancaman atau bahaya

5.Tidak boleh bercakap atau memandang penumpang


NOTA KAKI:

Saya lebih rela buat bisnes sendiri daripada menjadi pemandu peribadi seperti ini.

Mungkin pendapatan tidaklah setinggi itu atau lebih tinggi lagi namun saya tidak sanggup bekerja seperti orang suruhan dengan syarat yang ketat dan pelik.

Sumber : Gemilang Daily