Tips untuk turun 1.5kg dalam 15 hari


Berat badan saya berjaya turun 1.5kg dalam masa 15 hari.

Mungkin ada yang ingin tahu bagaimana saya boleh menurunkan berat badan sebegitu dalam masa cuma dua minggu.

Tiada rahsia.

Tiada produk yang ajaib.

Saya cuma mengamalkan diet peribadi yang telah saya lakukan pada 1 Jun 2023 yang lepas.

Dalam diet peribadi tersebut saya telah potong gula, kurangkan makanan berminyak dan mengelakkan makanan bertepung.

Sejujurnya saya tidak dapat mematuhi 100 peratus diet  tersebut tetapi kejayaan boleh dikatakan dalam 80 peratus. 

Selain itu buat saya senaman angkat berat di gym tiga kali seminggu dan dua hari senaman berjalan kaki selama 30 minit.

Tidur pula sebelum pukul 12 malam dan pastikan bangun sebelum 6 pagi.

Itu sahaja amalan yang saya buat sehingga dapat turun berat badan 1.5kg dalam masa yang singkat.

Persoalannya ini, adakah berat badan saya terus turun, kekal atau naik selepas 15 hari ke depan.

Sama-sama kita tunggu perkembangannya pada hujung bulan nanti.

Insha Allah.

Follow rapat-rapat blog ini untuk perkembangan seterusnya.

Nota kaki :

Blog ini saya tidak letakkan sasaran tinggi untuk page view. 

Cukupkan sesama geng blogger yang datang bertandang dan meninggalkan komen agar saya dapat membalas kembali kunjungan tersebut.


13 Comments

  1. Cut gula yg susah.. so far kmk tetapkan sekali sehari jak minum air manis ya pun trn nait jak berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikpa bah...gula bukan dalam air manis jak...gula juga adalam dalam nasi, tepung dan buah-buahan..badan kita naik banyak faktor selain pengambilan gula...antaranya kalori intake tinggi gilak dan kadar metabolisme badan semakin menurun dengan peningkatan usia

      Delete
  2. Tahniah, Encik Hanafi, dapat turun berat, banyak tu. 👏💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dan ia memang dijangka kerana faktor aktif dan jaga pemakanan

      Delete
  3. Aku dietnya cuman gak ngemil sama sekali. Empat bulan gak ngemil apa pun, berat badan gak naik, cuman berkurang. Tapi setelah itu gagal diet😂gak sanggup tanpa ngemil karena pekerjaan cuman duduk di depan laptop

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan la tak ngemil langsung...sebab badan perlu nutrisi juga...cara terbaik makan sekafar perlu dan banyakkan aktivti cergas

      Delete
    2. Hee iya betul banget yang kakak bilang. Memang butuh asupan nutrisi. Rasanya memang aneh krna gak naik sama sekali berat badannya.
      Hehe tp kakak keren berhasil menurunkan berat badan di tengah2 godaan menjalankan hidup tak sehat di zaman sekarang

      Delete
  4. Tahniah, teruskan usaha turunkan berat badan sebagai motivasi utk orang sekeliling! 🥳

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas sokongan ...saya cuba pengalaman sendiri untuk turunkan berat badan secara sihat dan efektif...

      Delete
  5. sy pulak x nak turunkan berat badan...biarlah ia pd tahap skrg atau naik sikit lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe Abe...selagi itu yang kita mahu..ok jer kerana semuanya bergantung kepada kemahuan sendiri

      Delete
  6. fuhhh cayalah!💪💪boleh lagi tu turun banyak insya allah chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu tahap terakhir kot...saya bukan obesiti hehehe...cuma berisi saja dari zaman keding dulu

      Delete