Saya selalu ingatkan diri sendiri bahawa saya hanya ada 24 jam sehari .
Tidak lebih dan tidak kurang.
Semua sama iaitu ada 24 jam.
Namun apa yang berbeza dan paling ketara adalah cara penggunaan masa tersebut.
Ada orang yang membahagi masa dengan bijak dan cakna sekali,
Cara mereka bekerja amat pantas, berproduktiviti tinggi dan sangat efisien.
Malangnya ada juga yang tersasar atau masa mereka diambil oleh orang lain sama ada secara rela atau tidak sengnaja.
Masa lapan jam biasanya digunakan untuk berusaha mencari rezeki dalam memenuhi keperluan asasi.
Dalam pada itu ada juga mereka yang sangat beruntung kerana bekerja atau tidak bekerja duit masuk setiap jam waima masa tidur sekalipun.
Mereka ada pendapatan pasif.
Realiti kebanyakan orang terpaksa bekerja lebih daripada 12 jam sehari termasuk persiapan dan perjalanan ke tempat kerja.
Bayangkan masa yang berbaki tersebut,
Tentulah amat sedikit dan ia tentu menjejaskan kualiti kehidupan seseorang baik secara jasmani mahupun rohani.
Nota mrhanafi:
Cukuplah bebelan dan catatan hari ini. Lepas ini saya terpaksa mengorbankan masa luar waktu bekerja untuk menyiapkan tugasan tambahan.
Kesilapan sendiri kerana banyak masa semasa bekerja terpaksa digunakan untuk menyiapkan tugasan tambahan.
Tugasan hakiki dan tugasan tambahan secara realitinya tidak cukup dalam masa lapan jam.
10 Comments
Dalam 24 jam semestinya bisa bijak ya, Kak. Supaya tidak terjadi kendala di hari berikutnya. Umumnya sih banyak yang nunda sehingga keesokan harinya pekerjaan jadi lebih banyak dan akhirnya merasa kurang waktu
ReplyDeletebanyak faktor penyumbang...antaranya cara bekerja kurang efisien, kurang cekap dan kurang tumpuan..jika perkara ini boleh diperbaiki maka banyak perkara boleh diselesaikan dalam satu masa
DeleteYa semoga tugas tambahannya cepat selesai Pak, biar punya waktu buat istirahat dan bersantai 👍
ReplyDeletein shaa Allah...waktu rehat dan santai tetap ada juga
DeleteSemoga segala urusan Encik Hanafi dipermudahkan.
ReplyDeleteBuat jadual sangat membantu bagi saya, dalam melaksanakan tugas, agar siap.
saya permah buat jadual untuk melancarkan urusan tapi tidak istiqamah..nampaknya saya perlu buat jadual balik biarpun cara ini maam Old School
Deletekena pandai menguruskan masa agar kerja2 dpt disiapkan mengikut masa yg telah ditetapkan...
ReplyDeletebenar tu...jika tidak boleh huru hara dan kelam kabut dibuatnya
Deletesaya rasa, sy cuma ada 2 jam je utk diri sendiri. slbh nya tidur dan kerja😀
ReplyDeletebiar saya kira hehehe...diandaikan tidur 8 jam sehari maka masa bekerja awak adalah 14 jam hehehe
Delete