Bekerja walaupun hari rehat

Tentu ramai yang tidak sanggup bekerja (tanpa bayaran) walaupun hari rehat.

Itu realiti dan logik akal yang boleh diterima ramai.

Namun dalam sesuatu keadaan, ada yang terpaksa bekerja kerana tiada pilihan.

Jika tak buat maka kerja tersebut tak jalan.

Jika dibuat juga maka kerja ini mengganggu hari rehat yang sepatutnya kita 'bebas lepas' dari soal kerja.

Sungguhpun begitiu ada penyelesaiannya.

Pekerja boleh memohon hari kelepasan lain atau gantian dengan wang.

Tapi soal diluluskan atas budi bicara mereka.

Cuma perlu laporan bertulis.

Jalan termudah, reda saja bekerja tanpa bayaran dan anggap ia satu sedekah masa untuk majikan.

Yang selebihnya biarlah Allah bayar dengan apa-apa menurut kebijaksaanNya.

Allah itu Maha Bijak dalam mengatur segala urusan.

Nota mrhanafi :

Saya menulis coretan ini semasa bekerja pada hari rehat dan saya mengambil keputusan tidak claim apa-apa.

Lagipun tidak sampai pun sehari penuh. Masa yang diperlukan sekitar dua atau tiga jam sahaja.

Macam rugi dan kurang seronok. 

Tapi lebih baik jangan terlalu berkira kerana mana yang terlebih masa dianggap sebagai kerja amal

10 Comments

  1. Iya Allah maha bijaksana, insyaAllah semua kebaikan mendapat balasan kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah mas...semua kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga

      Delete
  2. Anggap saja untuk kesenangan diri kita juga. Takut nanti kerja bertambah, sekurang-kurangnya, kerja yang lepas sudah siap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah realiti perlu difahami...apabila sudah tugas masa masa bukan jadi alasan atau kekangan

      Delete
  3. maaf cakap... saya kalau kerja tanpa bayaran ni, sng ckp kerja tu biarlah sy enjoy nak buat.. bla smpi tahap skrg (lps bekerja berthn2) pd suatu tahap sy harus pentingkan diri sendiri. majikan hlg kita, esok dia dpt staf baru. kita? belum tentu lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak perlu minta maaf kerana memang kenyataan bahawa dunia pekerjaan memang begitu...kita diperlukan jika masih ada nilai dan cuba kalau buat kesilapan maka segala kebaikan hilang pada mata mereka.

      Delete
  4. Especially selepas Covid ni byk kerja blh dibuat dirumah makanya terbawa2 smpai skrg siapkan keje di rumah bila weekend.. Apa pun ikjlas kan diri dlm mencari rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya di rumah tiada lagi urusan keja...itu yang paling sempurna

      Delete
  5. Dept kmk mmg kerja weekend juak utk capai kpi.. tp kmk org boleh claim cuti gantian.. ok la juak me time di opis mun keja dh setel

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun dapat claim mermang bagus...claim cuti pun ok juak ....boleh plain holiday panjang pada masa yang lainnya

      Delete