Entah macam mana terlintas dalam fikiran saya tentang perkara ini.
Perkara tersebut ialah asas orang jadi kaya kerana banyak memberi manfaat kepada orang lain dengan izin Allah SWT
Selepas manfaat itu dinikmati orang lain maka kekayaan akan datang pada pemiliknya.
Saya ambil contoh.
Google banyak memberi manfaat kepada manusia bermula daripada enjin carian, email dan Youtube.
Google menyediakan platform kepada orang ramai untuk berkongsi maklumat, data, informasi, gambar, video dan ilmu kepada ratusan juta manusia.
Hasilnya pengasas dan pemilik Google jadi bilionaire.
Begitu juga dengan pemilik Meta atau pengasas laman sosial seperti Facebook.
Lihat berapa ramai pengguna di Facebook menggunakan secara percuma.
Syarikat Meta hanya mengenakan bayaran pada iklan dan ia menjana pendapatan yang amat lumayan.
Ia hanya sekadar dua contoh yang terang lagi nyata.
Banyak lagi sebenarnya.
Fokus utama di sini ialah apabila memberi manfaat kepada orang maka potensi untuk jadi kaya amat tinggi.
Nota mrhanafi
Dalam Islam, berbuat kebaikan dapat pahala.
Lagi banyak kebaikan maka lagi banyak pahala yang boleh diperolehi.
Namun Allah Maha Bijaksana, kebaikan yang kita hulurkan kepada seramai mungkin orang lain akan Allah gantikan dengan kekayaan di dunia ini dan pahala di akhirat sana.
Sebab itu orang bersedekah sentiasa murah dengan rezeki sehingga kekayaan melimpah ruah.
Wuallahualam.
12 Comments
Setuju sekali Pak, hanya tinggal kita saja lagi bagaimana caranya supaya dapat memberikan banyak manfaat untuk orang lain.
ReplyDeleteSemoga kita dapat melakukannya, hehe 👍
menulis blog boleh memberi manfaat kepada orang lain lain juga...kalau trafik tinggi maka ra,ai yang akan dapat manfaatnya
Deletekaya bkn sekadar kaya. tp kaya yg mampu memberi manfaat. sbb tu adanya zakat. supaya org kaya mampu menyalurkan sesuatu demi manfaat ummah sejagat
ReplyDeleteJangan lupa orang miskin juga ada peranannya...kalau tiada orang miskin maka di mana nak disalurkan zakat orang kaya
Deletethe more u give, the more u get! Ingat yg tu sokmo pasti berjaya n kaya!
ReplyDeleteya betul..itulah konsep pa;img asas dan mudah faham kepada semua orang
DeleteAlhamdulillah, saya jadi tercerahkan
ReplyDeletekalau dipikir memang betul adanya ya
ya...ada logiknya di situ cuma jadi persoalan berapa ramai yang dapat manfaat yang kita sebarkan
Deletebetul..jadi kaya biar kita manfaatkan kepada org lain
ReplyDeletepahalanya akan berpanjangan..
biasanya begitu....orang kaya lebih banyak memberi manfaat kepada orang lain berbanding orang susah
Deletesebaik-baik manusia ialah manusia yg memberi manfaat pd org lain... semoga kita kaya dan berjaya dlm apa saja bidang yg kita masteri... boleh bantu agik org lain di sekeliling kita
ReplyDeleteaamiin dan itulah sebaik-baik manusia...orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain
Delete