Sudah satu jam saya memikirkan tentang apa untuk tulisan blog hari ini.

Secara tidak sedar timbul idea tentang masa.

Ya tentang masa dan sewaktu dengannya.

Hari ini yakni 28 Julai 2023, kita semua sudah berada di hampir penghujung bulan.

Bulan depan sudah masuk bulan Ogos 2023 dan terus meninggalkan bulan Julai 2023 buat selama-lamanya.

Sama ada sedar atau tidak, masa terus berlalu dengan laju dan pantas.

Sama ada mahu atau tidak, masa perlu diurus dengan baik dan teratur.

Jika tidak, masa yang berlalu akan jadi sia-sia atau kita akan rasa tidak cukup masa untuk melaksanakan segala tugas atau kerja yang telah diberikan.

Bermula dari terbuka mata pada waktu awal pagi dan tertutup mata pada waktu malam maka masa terus berdetik.

Satu saatpun tidak pernah berhenti, bertambah atau berkurang menunjukkan betapa hebatnya ciptaan Allah SWT berkaitan masa.

Cuma kita tetap merasakan masa amat pantas berlalu.

Waktu pagi terus beranjak ke waktu petang dan seterusnya malam.

Hari Jumaat lepas tidak terasa pulak terjumpa lagi hari Jumaat ini.

Begitulah masa menjalankan amanahnya atas perintah Allah SWT.

Nota mrhanafi

Saya menulis coretan ini dalam masa 30 minit.

Bukan bermakna saya laju tetapi saya sedaya upaya optimumkan masa lapang sebelum tiba masa sibuk pada hari ini.

Seronok juga mengisi waktu dan masa offfday dengan aktiviti sendiri.