Aktifkan getaran positif yang tinggi

Aura positif atau getaran positif amat penting dalam menarik rezeki yang luas, hebat dan tanpa batasan.

Rezeki pulak jangan disempitkan dengan hanya memikir duit, makanan dan harta benda.

Maksud rezeki lebih luas daripada itu.

Rezeki adalah sesuatu yang memberi manfaat kepada diri kita baik yang boleh nampak atau tidak.

Dalam menarik rezeki, si penerima atau kita wajar memiliki getaran yang tinggi.

Rezeki yang rendah ternyata sukar menarik rezeki.

Sebab itu orang berjaya sentiasa memastikan getaran atau aura mereka tinggi.

Pemikiran, perasaan dan hati mereka penuh dengan nilai-nilai baik, prasangka baik dan harapan yang baik.

Untuk mendapat getaran positif yang tinggi ada pelbagai cara dan kaedah yang boleh diguna pakai.

Semuanya bergantung kepada empunya diri.

Antara aura positif yang sangat kuat dan hebat ialah perasaan cinta dan kasih sayang.

Jika begitu keadaannya mari saya kongsikan kaedah mudah untuk mengaktifkan getaran positif yang tinggi.

Jika anda seorang anak maka lihatlah wajah kedua ibu bapa.

Jika anda seorang bapa atau ibu pandanglah wajah anak-anak.

Jika anda seorang suami maka renunglah wajah isteri.

Jika anda seorang isteri maka hayatilah wajah suami.

Mereka  ini sudah semestinya dicintai dan dikasihi.

Dengan berbuat demikian anda secara tidak langsung telah mengaktifkan getaran positif yang luar biasa hebatnya.

Betul ke ?

Betul atau tidak hanya anda sahaja boleh memberi jawapan.

Seandainya ketika memandang wajah orang yang dinayatakan di atas tidak menerbitkan perasaan sayang dan cinta maka ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin hati belum bersih atau rasa cinta belum bercambah

Nota Mrhanafi

Apa yang saya kongsikan di atas bersifat UNIVERSAL kerana semua orang boleh lakukan tanpa mengira sesiapa pun anda,

Jika secara khusus lebih kepada zikir.

Kaedah ini amat berkesan kepada orang beriman, hati yang bersih dan ilmu kerohanian yang mendalam.

Sebab beramal tanpa ilmu seperti orang meraba-raba dalam kegelapan.

Semoga dapat sesuatu.

4 Comments

  1. Agree 👍. Dengan selalu berpikir positif, apa yg kita lakukan biasanya akan selalu yang baik2 saja. Saya selalu percaya dengan ajaran agama, yg menjanjikan suatu kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Jadi tak heran kalo orang2 positif , rezekinya juga lancar mengalir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam sentiasa ajar penganutnya untuk sentiasa bersangka baik, doa yang baik-baik dan ada harapan yang terbaik dalam setiap masa

      Delete