Amalan meluaskan rezeki dan makbul segala hajat

Saya faham ramai di kalangan kita tengah atau sedang diuji dengan keadaan kewangan yang nyawa-nyawa ikan.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi kurang menentu dan kos hidup yang semakin meninggi setiap hari.

Memang usaha anda sudah berada pada tahap maksimum tetapi belum lagi menampakkan hasilnya.

Jika begitu apa kata kita sama-sama buat dua amalan yang cukup mudah ini.

In shaa Allah dengan kesungguhan, keyakinan dan konsistan, rezeki kita semakin hari semakin luas dan segala hajat Allah makbulkan baik di dunia mahupun di akhirat.

Mari saya kongsikan dua amalan hebat tersebut yang saya perolehi dalam media sosial.

1.Amalan meluaskan rezeki

Amalan tersebut adalah dengan membaca satu kali surah Al- Fatihah dan surah Al Ikhlas tiga kali semasa perjalanan balik ke rumah.

Ketika masuk dalam rumah pula beri salam dan baca selawat. 

Itu sahaja yang diperlukan.

Untuk lebih yakin boleh tonton sendiri video Tuan Sujimy

2.Amalan makbul segala hajat

Amalan ini pula lagi mudah untuk anda amalkan.

Cuma cabaran yang bakal dihadapi mungkin keyakinan dan istiqamah.

Caranya dengan membaca nama Allah SWT iaitu  Bismillahirrahmanirrahim  sebanyak 1000 kali selepas solat hajat.

Nyatakan hajat kepada Allah SWT dan serah serta tawakal kepadaNya.

Pautan amalan tersebut dalam video Bengkel Rezeki

Nota mrhanafi :

Dalam kehidupan harian saya sangat percaya bahawa setiap perkara yang berlaku ada terselit hikmah terindah.

Ujian hidup susah ada kebaikannya yakni membentuk sifat sabar dan cekal.

Bahkan Allah bersama orang yang bersabar.

Setelah hidup senang jangan lupa dengan sifat syukur.

Dengan bersyukur maka Allah akan tambah nikmatNya.

Wallahualam dan semoga bermanfaat. 


14 Comments

  1. tq for sharing...smoga diperluaskan rezeki kita smua ...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin dan semoga ada manfaat untuk kita semua

      Delete
  2. Wah! Ada link video lagi! Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...untuk rujukan saya dan pembaca juga..lebih yaklin berdasarkan sumber yang sahih

      Delete
  3. terima kasih atas tazkirah yg disampaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama Abam Kie..moga ada manfaat untuk kita semua

      Delete
  4. terima kasih berkongsi. yg no 1 tu dato dr fadzilah kamsah selalu pesan.

    ada lg 1 amalan plg mudah utk tarik rezeki. dikongsi oleh seorg jutawan muda di penang. dia kata, dia amalkan bgn sblm subuh dan baca zikir subhanallah 33x, alhmdulillah 33x dan allahu akbar 33x
    slmt beramal

    ReplyDelete
    Replies
    1. waktu sebelum Subuh amat musajab untuk berdoa juga...ramai yang masih lena diulit intan pada masa tersebut

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  6. Nice sharing.. nmpk mudah jak amalan tok mudahan kita istiqamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. teori kedak mudah tapi mok praktikal ya bukan mudah untuk semua orang ..apa-apapun boleh la cuba jika memerlukan

      Delete
  7. Tx Abang... Intinya memang selalulah ingat Allah, banyak zikir, banyak syukur, insyaallah ditambahkan rezeki kita. Toh yg maha pemberi rezeki hanya Allah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah inti pati dalam beribadah...dengan ingat Allah makan rezeki akan ;ancar dan mudah kepada hambaNya

      Delete