Baru faham bagaimana rasanya malas

Baru-baru ini saya diserang simptom malas.

Pada masa itu saya mula rasa malas untuk bangun pagi.

Rasa malas yang bukan dibuat-buat.

Boleh dikatakan malas yang ikhlas.

Malas untuk melakukan rutin harian seperti beribadah, beriadah dan bekerja.

Pendek kata malas dalam serba-serbi.

Namun saya tidak layan malas berpanjangan.

Saya lawan bermatian-matian sehingga mood jadi swing.

Mood  ke laut dan terapung-apung tanpa hala tuju.

Sepanjang hari saya down, lemah dan lemas kerana energi dalaman sedang bertarung.

Pertarungan malas dengan rajin.

Akhirnya saya menang.

Rasa malas dapat ditawan dengan sedikit  rajin.

Saya lega dan bersyukur. 

Nota mrhanafi

Setelah semangat semakin pulih, barulah saya faham betapa perasaan malas memang mencabar akal dan menduga jiwa.

Kegagalan melawan malas memyebabkan ramai yang tewas dan kecundang.

Ada yang sanggup berbuat jenayah syariah mahupun sivil.

Malas bersahabat dengan nafsu kerana nafsu suka kepada bermalas-malasan terutama kepada perkara yang dituntut dalam agama.

Kerja tidak siap, makan tidak kenyang, kesihatan terjejas, hubungan keluarga bermasalah dan semunya tidak membawa kebaikan.

Yang baiknya malas ialah malas untuk berbuat kemungkaran atau kemaksiatam.

Jika malas dari sudut demikian membawa si pelakunya jadi rajin beribadah dan semakin dekat kepada Allah SWT.

Wallahualam.


 

2 Comments

  1. Uncle ni memamng pemalas...
    Kecuali bila berselfie hari-hari... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik uncle rajin selfie hari-hari

      Delete