Belajar ilmu baharu tetapi ilmu kurang elok pulak yang dapat

Ketika berjumpa dengan kawan lama di masjid, saya berseloroh.

Saya minta dia kongsikan satu ilmu kerana saya anggap dia ini orang yang berilmu.

Jadi dia minta kami duduk di ruangan luar masjid sambil minum air kosong.

Tempat ini umpama pantri kalau di pejabat.

Sebetulnya kawan saya ini agak terkejut juga dengan permintaan saya yang bukan-bukan.

Dia teragak-agak untuk berkongsikan ilmu yang dia ada untuk saya ketika itu.

Tidak lama selepas itu datang seorang lelaki dalam lingkungan umur atas  60-an.

Pada mulanya sembang biasa.

Tidak lama lepas itu dia kongsikan pula satu ilmu yang kurang elok kepada kami.

Dia ceritakan cara dan teknik untuk mengambil duit dalam tabung masjid.

Pengalamannya itu mungkin dapat lepas  mengira duit tabung masjid.

Jangan fikir bukan-bukan pulak kerana dia ini memang orang masjid yang bertugas sebagai mabot.

Maaf saya tidak ceritakan semula teknik tersebut dikhuatiri disalahguna oleh mereka yang  terbaca artikel blog ini.

Nota mrhanafi

Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah apa-apa permintaan  yang diutarakan selepas solat cepat makhbul. 

Saya minta satu ilmu tetapi ilmu yang diberi oleh pakcik ini kurang elok.

Kalau beramal dapat dosa dan kalau disimpan  sekadar pengetahuan tidak mengapa.

Begitu juga ketika berkata-kata atau berdoa, sentiasa mohon dengan jelas dan spesifik perkara yang baik-baik sahaja.

Jika tidak mungkin juga berlaku pada kalian apa yang saya dapat pada hari tersebut.

Dapat ilnu tetapi ilmu yang kurang baik pulak.

Wallahualam 

4 Comments

  1. Betul... ilmu pun ada macam2 jeni ilmu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu begini dinamakan ilmu hitam...boleh tahu tapi jangan diamalkan...kalau tidak tahu lagi bagus

      Delete
  2. seigt sy dulu ms internet baru diperkenalkan mcm2 ilmu baru keluar tp sbhgn nya mengaruttt je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul menagrut kerana tiada tapisan yang ketat dan masih kurang ilmu yang baharu

      Delete