Angka 300g macam kecil bagi kebanyakan orang dan saya sendiri akui tiada apa-apa pun kalau penambahan berat dengan jumlah tersebut.

Pada 15 Ogos 2023 yang lalu saya sudah timbang berat badan. 

Didapati berat badan naik sekitar 300g berbanding penurunan 100g pada 1 Ogos yang lepas.

Tidak perlu saya gusar atau bimbang dengan kenaikan ini.

Saya masih dalam program diet peribadi dan pengamal teh hijau Ahmad Tea

Ada blogger Cuya tanya tujuan saya diet.

Beliau nak tahu adakah saya diet disebabkan berat badan berlebihan atau saja-saja. ?

Saya diet untuk saja-saja supaya kekal fitness dan sihat selalu.atau berada dalam BMI yang ideal.

Maklum saja dengan usia semakin meningkat, usaha menjaga kesihatan menjadi keutamaan.

Dulu saya seorang sangat kurus dan beberapa tahun kebelakangan ini, berat badan saya sudah naik.

Kadar kenaikan dalam kawalan dan kini kondisi fizikal saya seperti lelaki dalam usia lingkungan 30-an.

Alhamdulillah, rezeki selepas bertahun-tahun menjadi lelaki yang kurus seperti usia baharu menjejak 20-an.

Nota Mrhanafi

Sejujurnya tiada apa yang perlu dibanggakan pun. 

Paling penting saya bersyukur kerana masih sihat dan kekal bernyawa hingga ke detik ini.

Esok lusa bukan jaminan untuk kita masih ada bernyawa atau tidak.

Setuju tak ?