Berat badan saya terus menurun tetapi dalam keadaan lebih stabil.

Angka ini saya ketahui dengan timbangan berat pada 1 Ogos 2023 yang lepas.

Bagaimana dengan timbangan  pahala dan dosa, itu sama-sama kita nantikan di Padang Mahsyar nanti.

Cuma ada ustaz berpesan, mohon doa untuk masuk syurga tanpa hisab.

Aamiin.

Sudah pasti saya berpuas hati dan bersyukur dengan usaha yang dilakukan selama beberapa bulan sebelum ini.

Kini tugas saya cuma memastikan diet peribadi sentiasa konsisten.

Makan tidak berlebihan dan rutin latihan tidak keterlaluan.

Sekadar cukup dan tidak lebih daripada itu.

Begitu juga masa rehat, pastikan ada dan tidak boleh juga terlalu lama.

Semuanya dalam keadaan berpada-pada atau sederhana.

Nota mrhanafi

Untuk memastikan berat badan dalam keadaan ideal, jaga pemakanan dan lakukan aktivti kecergasan.

Sekali lagi saya tekankan untuk kurangkan pengambilan gula, makanan manis dan nakanan proses.

Saya kurangkan saja dan bukan hentikan terus.

Semoga ada manfaatnya.