Secara logiknya manusia tentu tidak suka atau tidak mahu mati.

Kalau boleh dapat hidup selama yang mungkin dan tidak mati buat selama-lamanya .

Apatah lagi jika kita sudah memiliki segalanya seperti rumah besar, kereta mewah, duit banyak dan kesihatan yang terbaik.

Namun mati itu pasti.

Cuma masa, bila dan bagaimana saja yang kita tidak ketahui.

Itulah kehidupan dunia yang sifatnya hanya sementara.

Pelik tapi benar, perkara yang sementara itu kita kejar dan usahakan mati-matian sehingga tidak ingat mati itu semakin hari semakin dekat.

Seandainya ada di antara kita yang sentiasa ingat mati maka rezeki buatnya.

Tapi ingat mati dengan memperbaiki amalan dan mempertingkatkan iman.

Dalam masa yang sama, sedaya upaya menyesali segala dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Menyesal dan bertaubat.

Bukan menyesal tetapi buat lagi.

Walaupun begitu...lebih baik daripada tidak bertaubat langsung dan tidak ingat mati.

Nota mrhanafi 

Berbicara dan berceloteh tentang mati bukan sesuatu yang seronok.

Maka dengan itu cukup sampai di sini dan berharap saya tetap menulis isu mati ini pada masa yang lain pula.

Selamat mengingati mati walau sesibuk mana sekalipun.