Kesan memutuskan silaturrahim

Izinkan saya simpan beberapa nota ilmu berkenaan kuliah Maghrib yang sempat saya hadiri dalam artikel ini.

Topik kali ini berkaitan dengan kesan memutuskan silaturrahim oleh Ustaz Norheyree Nordi

Memandangkan saya tidak membawa nota maka saya cuba sedaya upaya untuk mengingat kembali beberapa ilmu tersebut.

Silaturrahim yang terdekat berkait rapat dengan kaum kerabat seperti ibu bapa, adik beradik, sepupu sepapat dan sebagainya.

Punca putus silarurrahim:

1.Perebutan harta benda

2.Perbezaan fahaman politik

3.Perselisihan pendapat

4.Perasaan hasad dengki

Ini kesan buruk jika memutuskan silaturrahim:

1.Hidup hilang keberkatan

2.Tiada rahmat Allah

3.Siksaan sewaktu sakaratulmaut

4.Balasan segera azab di dunia

5.Azab pedih di akhirat

6.Amal ibadah tidak diterima Allah

7.Dilaknat Allah SWT

8.Tidak akan masuk syurga

9.Kesempitan rezeki 

Dosa yang segera mengundang bala :

1.Peminum arak

2.Pemutus silaturrahim

3.Pengamal syirik

Nota Mrhanafi

Perkara asas jangan memutuskan silaturrahim terutama dengan kaum kerabat terdekat.

Kalau ada, bersegeralah kembali ke pangkal jalan sebelum ajal menjemput kita.

Ingat bahawa dalam Islam itu kita bersaudara.

Ingat juga bahawa ibadah yang sempurna ialah menjaga hubungan dengan Allah SWT dan manusia.

Semoga nota ilmu ini dapat juga memberi manfaat kepada anda semua.


 

8 Comments

  1. Janganah sampai putuskan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Uncle mahu jaga betul-betul silaturahim ini

      Delete
  2. Bagus juga bila hadir kuliah dan kita mencatatnya pula untuk bacaan orang lain. Sampai-menyampai itu disuruh di dalam Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah kelebihan blogger..ada platform untuk menulis dan berkongsi ilmu

      Delete
  3. thank you for sharing this

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama...moga ia ada manfaat untuk kita semua

      Delete
  4. Adakalanya hubungan tu yang menjadi renggang sampai kita pun tak tau nak buat macamana untuk jalinkan semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya hubungi balik dengan bertanya khabar...jangan bawak urusan bisne pulak

      Delete