Selawat pelancar rezeki...cuba dulu baru tahu



Dunia adalah pentas ujian.

Apabila disebut ujian, maka anda tidak akan lari daripada menghadapi kesusahan, kesempitan dan kemiskinan.

Perlu juga ingat, diberi kekayaan, kemewahan dan kesenangan hidup adalah ujian.

Cuma bentuk dan kaedah ujian yang berbeza.

Ujian ini untuk melihat sejauh mana kita mampu bersabar atau bersyukur kepada Allah.

Dua perkataan.

Sabar dan syukur.

Jadi dalam artikel yang santai ini saya berkongsi salah satu cara untuk melancar rezeki agar mendapat kehidupan yang diingini, lebih sabar dan lebih tenang.

Antaranya mengamalkan selawat.

Selawat itu sendiri ada lebih kurang 4 ribu versi.

Namun selawat yang mudah dan praktikal ialah selawat pohon duit dan selawat Jibril.

1.Cara bacaan selawat pohon duit : 

"Allahumma Solli ‘Alaa Sayyidinaa Muhammad, Wa ‘Alaa Aali Sayyidinaa Muhammad" ( lakukan 400 kali selepas Isyak )



2.Cara bacaan selawat Jibril :

"Shallallaahu ‘ala Muhammad"  ( lakukan 4444 ribu atau 10 ribu setiap hari)


Nota mrhanafi

Persoalannya kita lebih yakin kepada usaha atau asbab berbanding kepada punca segala asbab yakni Allah SWT.

Namun sebagai orang beriman kita WAJIB menyakini secara tuntas kepada Allah SWT dalam bab rezeki ini.

Mungkin dengan asbab solat, zikir, selawat dan amal baik,

Bahkan tanpa asbab juga Allah boleh beri rezeki kerana Dia Maha Pemberi Rezeki- Al Razzak

Wallahualam.

6 Comments

  1. betul, sabar dan syukur adalah kata kunci....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian. Betullah, ada duit ujian, takde duit pon ujian.

    Hidup memg perlukan ujian bagi memantapkan iman

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ujian maksudnya ada kehidupan untuk kita semua

      Delete
  3. Perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ia ada manfaat untuk kita semua

      Delete