Projek simpan konten ke blog sandaran



Sudah lama saya berkecimpung dan bergelumbang dalam dunia penulisan blog. Secara rasmi sudah satu dekad. Namun angka tidak rasmi sebenarnya lebih lama lagi.

Banyak konten sudah saya hasilkan. Baik secara komersial atau buat saja-saja. Bukan dengan satu blog tetapi banyak blog.

Terbit dalam hati saya terasa sayang untuk terbuang atau hilang begitu sahaja. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengaktifkan semula blog ini yang saya cipta dua tahun yang lepas.

Blog ini akan saya isi dengan konten lama sejak tahun 2015 lagi. Konten tersebut saya ambil dari blog rasmi saya di mrhanafi.com

Proses mengambil mudah sahaja iaitu salin dan tampal ke blog ini tetapi tarikhnya saya buat backdated (yakni ikut tarikh asal konten lama).

Projek bermula pada 11 Julai 2025 dan berharap boleh selesai dalam masa enam bulan dari tarikh tersebut.

Itu saja perkongsian kali ini.


0 Comments