![]()
Mari ucapkan terima kasih cikgu kepada warga pendidik bersempena Hari Guru pada tanggal 16 Mei 2014 ini. Saya masih ingat.
Insya Allah tidak akan lupa untuk mengingati hari yang bersejarah ini dalam kerjaya seorang pendidik.
Jasa mereka tak terkalah dalam mendidik anak bangsa. Tanpa cikgu mana mungkin akan lahir insan yang boleh menjadi blogger seperti saya dan juga cikgu blogger seperti Cikgu Hairul,Cikgu Titan,Cikgu Tehr dan ramai lagi.
Entri ini saya tulis khas untuk mengingati kembali kenangan zaman persekolahan saya ketika sekolah rendah hingga sekolah menengah tinggi.
Terima kasih cikgu kerana berjaya mendidik dan membentuk pemikiran saya supaya menjadi insan yang berguna lagi bermanfaat.
Sekali lagi terima kasih buat warga pendidik semua tak kira di mana sahaja berada.
Dulu-dulu masa sekolah rendah Hari Guru merupakan hari persekolahan yang seronok.Pada hari tersebut kami tak belajar. Tak ada buka buku teks.
Masing-masing membawa hati yang girang gembira.Ada parti di sekolah dan hampir semua cikgu turut bergembira.
Pada masa itu kami sebagai murid sekolah boleh melupakan seketika rutin belajar.Selebihnya bermain-main.Biasalah dah nama murid sekolah rendah.
Selepas 6 tahun di sekolah, saya dan juga rakan seangkatan naik sekolah menengah.Senario juga sama.Setiap Hari Guru disambut penuh gembira.
Ada pelajar bawa hadiah.Cikgu dan pelajar sendiri pula anjur parti. Pendek kata Hari Guru memang hari yang penuh ‘happy’. Dalam seronok-seronok kami sebagai pelajar diberi ingatan untuk menjadi insan yang berjaya.
Usia mengakhiri zaman bujang persekolahan kian hampir.Apabila memasuki pra-universiti kami sebagai pelajar lebih memahami Hari Guru.Pada zaman tersebut sudah ada rakan –rakan sekolah yang berjaya menjadi cikgu sandaran,cikgu pelatih dan menjadi bini cikgu pun ada.
Saya dan rakan-rakan seperjuangan ketika zaman ini memang berlagak sibuk . Hari Guru ialah hari untuk kami menonjolkan diri sebagai pelajar paling Senior.
Hakikatnya paling senior itu ialah pelajar tua di bangku sekolah.Tahu tak apa?
Kini saya dah tak ada lagi di sekolah.Namun saya ada pengganti iaitu anak-anak saya yang masih bersekolah. Mereka sama seperti saya dan ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU
- kemas kini 25/7/25
0 Comments