Selamat Hari Pekerja kepada semua. Mungkin anda pekerja sektor awam, swasta atau peniaga ataupun bekerja sendiri. Tak kira siapa anda, sememangnya anda layak untuk menyambut Hari Pekerja.
Sepanjang saya melalui zaman bekerja lebih 20 tahun, tentunya pelbagai pekerjaan telah saya lakukan.
Banyak jawatan telah sandang kecuali jawatan besar atau tinggi. hahaha biasa la tu sebab saya cuma golongan marhaen.
Tidak keterlaluan juga saya turut merasai pengalaman menjadi peniaga, usahawan dan freelance.
Ternyata pengalaman ini amat berharga dalam membentuk cara berfikir dan cara bertindak untuk mendepani cabaran hidup yang kian sukar.
Saya tidak berpeluang untuk ke menara gading. Namun bukan alasan untuk berhenti belajar.
Bukan sebab untuk berhenti mengutip ilmu di sepanjang pengajian di universiti kehidupan.
Memang bukan mudah.
Memang bukan senang.
Kenikmatan melalui kehidupan begini menjanjikan seribu cabaran dan kesukaran dalam melalui kehidupan mendatang.
Tidak keterlaluan juga kesukaran adalah nikmat dan keajaiban. Mahu atau tidak perlu dilalui walau apa keadaan sekalipun.
Oleh hal demikian tidak semua pekerjaan yang dilalui itu kita suka atau tidak. Semunya terpulang kepada cara kita menghadapi dengan pemikiran positif atau sebaliknya.
Akhir kata selamat Hari Pekerja.

0 Comments