Nostalgia hobi mengamit memori

Hampir semua orang ada hobi. Ada hobi yang bagus dan ada juga yang kurang bagus. Jadi dalam artikel ini saya bercerita tentang hobi. Tak sangka telah mengamit memori saya kepada hobi puluhan tahun dahulu dan hobi masa kini.

Waktu balik dari gym, saya melimpasi kedai memancing udang kolam. Meriah juga. Ramai pemancing tengah mencuba nasib.

Kalau di kampung orang memancing di sungai. Di kawasan bandar mereka memancing udang dalam kolam di kedai sahaja.

Itu perbezaannya. Persamaan mereka ialah hobi memancing.

Ketika saya berada lebih dekat, kelihatan dua orang duduk di luar kedai memancing udang.

Mereka tidak memancing. Mereka ada hobi lain.

Mak cik seorang hobinya mengait dan buat sulaman manik. Mungkin sambil menunggu suaminya memancing kot. Isteri yang mithali boleh dibawa suami ke mana sahaja pergi.

Seorang lagi budak remaja. Dia duduk santai tanpa berbuat apa-apa. Tak main telefon.

Alangkah elok kalau baca buku. Kalau tidak pun boleh membaca akhbar Suara Sarawak. Bahan dalam akhbar ini terbaik dari sudut berita, rencana dan komentar isu semasa.

Tak pelah. Saya cuba sarankan sahaja.

Budak remaja ini hobinya mengelamun kot. Mungkin tengah menunggu ayahnya yang sedang memancing udang.

Saya bertanya kepada diri sendiri. Adakah pergi gym satu hobi buat saya ?

Ya, satu hobi. Gym merupakan tempat orang berminat dengan kecergasan dan kesihatan. Rata-rata orang pergi gym ada hobi untuk membina badan supaya sado, sixpack dan berotot sana- sini.

Saya pun terfikir balik, adakah saya nanti akan jadi sado seperti mereka.

Jawapannya mudah-mudahan. Saya bersyukur jika perut jadi sixpack dan tubuh berotot seperti seorang model seluar dalam lelaki. Buat show depan isteri ( bakal) pun jadilah.

Lawak la pulak. hahaha ( gelak besar )

Saya teringat zaman kanak-kanak. Hobi saya suka tengok TV. Saya tengok tv bukan di rumah sendiri. Saya tengok tv di rumah jiran. Setiap hari saya berada di rumah orang lain untuk menonton tv.

Iklan sekejap…

Buat pengetahuan semua, Sarawak ada melancarkan stesen tv yang terbaharu di dunia. Dikenali sebagai tvs. Penonton boleh temui siaran tvs di saluran Astro dan Njoi di 122 atau di website tvsty.my

Pada masa itu saya tidak terfikir langsung adakah mereka suka menerima saya tetamu tanpa diundang.

Bapa saya mampu beli tv, tetapi dia tidak pentingkan hiburan. Hobi dia beli tanah dan usahakan kebun. Emak saya pula hobinya kumpul barang kemas.

Zaman kanak-kanak saya selalu berada di kebun bersama ayah walaupun saya sekadar menemani dia sahaja.

Mendiang sudah pergi selamanya. Namun rindu anak kepada bapa masih berbekas sehingga ke hari ini.

Tak pelah. Benda yang sudah pun berlaku. Semua kita akan ke sana juga nanti.

Penutup

Nampaknya saya kini sudah ada hobi baru. Hobi angkat besi. Nikmatnya hanya orang gym sahaja tahu.

Jangan lupa, apabila sihat ia juga rezeki yang amat besar. Sebut tentang rezeki jangan malu-malu untuk melayari info di >>>55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti.

Ok lah. Cukup setakat ini cerita saya tentang cerita hobi. 

Nota mrhanafi:

Artikel ini pernah diterbitkan pada 15 Oktober 2020

0 Comments