hari ibu

Ya,..sengnaja saya tak habiskan ayat tersebut untuk ajak anda berfikir sejenak.

Fikirkan dengan hati nurani.

Fikir secara alami.

Kalau boleh fikir secara flash back.

Pada ketika anda dalam kandungan lagi.

Anda dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu.

Bukan itu sahaja dididik menjadi manusia,

Dicurahan kasih dan disayangi melebihi diri sendiri.


Sehingga saya pernah terbaca ada yang berpendapat seorang ibu boleh menjaga10 orang anaknya dengan terbaik tetapi seorang anak belum tentu memberikan perhatian terbaik kepada ibunya yang seorang itu.

Pelbagai alasan untuk tidak memberikan perhatian kepada ibu kita.

Ada yang kata sibuk..

Ada yang kata tak ada masa kerana bekerja.

Ada yang kata tak mampu kerana diri sendiri tak terurus.

Ada yang memberi alasan gaji tak cukup dan terpaksa mencari duit tanpa kira siang dan malam.

Alasan demi alasan yang kita cipta agar kita tidak memberi perhatian kepada ibu kita.Kita macam kejam.

Maaf bukan anda tetapi orang lain yang berada jauh dimata.

Ayuh pembaca sekalian.Hentikan alasan.

Cukup-cukup sudah alasan yang diberi.

Kini kita sudah berada dunia sebenar.

Pengiraan sebenar yang tepat.

Jika alasan tidak ada duit,sibuk,kurang masa dan sebagainya lebih baik pejam mata sekarang.

Ingat selagi otak penuh alasan maka selagi itu keinginan kita biasa-biasa sahaja.

Saya nak tanya berapa wang ringgit yang kita hulurkan untuk ibu kita setiap bulan.

Adakah banyak sebagai mana kita belanja untuk diri sendiri.

Kalau ada tetapi sedikit saya ucapkan syukur alhamdulillah kerana masih ada rasa tanggungjawab terhadap orang tua.

Kini bagaimana kepada mereka yang langsung tidak memberi sumbangan kepada orang tua.

Bukan sengnaja tetapi tak mampu.

Betul-betul tak mampu tahap ‘gaban’

Golongan ini sungguh kasihan.

Namun saya percaya ketidakmampuan ini mampu diatasi dengan mencari pendapatan sampingan.

Nota kaki :

Artikel ini saya tulis pada 10 Mei 2015 dan diterbit semula dengan ubah suai isi kandungan mana yang patut.