Namun hasilnya amat menakjubkan kerana berat badan saya boleh turun 1.5kg dalam 15 hari.
Antara menu sarapan yang saya hadap hampir setiap hari adalah seperti berikut.
1.Kopi o kosong ( no sugar)
2.Oat campur kismis ( kismis penambah rasa)
3.Telur separuh masak ( tambah serbuk lada hitam/putih)
Ini alasan saya menggunakan menu sarapan tersebut.
Minum kopi kosong tiada kandungan kalori yang tinggi.
Malah kafien yang ada dalam kopi boleh meningkatkan kadar pembakaran kalori.
Oat yang dicampur kismis pula akan menyebab rasa kenyang lebih lama.
Jadi keinginan untuk kerap makan akan ditangguhkan sehingga makan tengah hari.
Telur separuh masak yang dicampur dengan lada hitam dan putih pula adalah sumber protien.
Perlu faham bahawa protien memberi rasa kenyang yang lama juga selain membantu untuk membakar lemak.
Telur penyumbang protien yang tinggi dalam menu tersebut.
Apabila ditambah serbuk lada akan menambah rasa sedap sehingga tidak memerlukan kicap.
Bagi mereka yang masih dalam proses diet, kicap wajar dielakkan kerana kandungan gula dan garam yang tinggi.
Garam yang tinggi menyerap air ke dalam badan sehingga proses mengeringkan otot semakin sukar.
Proses ini hanya untuk mereka yang terlibat dalam bidang bina badan.
NOTA KAKI:
Diet sarapan yang saya buat ini sesuai kepada mereka yang tidak cerewet dengan pemakanan.
Jika cerewet pasti akan jemu dan tidak sanggup menghadap menu yang sama setiap hari.
6 Comments
Wah, patutlah Encik Hanafi turun berat banyak.
ReplyDeleteDulu, saya rajin juga makan oat. Saya buat lebih awal, sebagai overnight oat, makan masa dinner.
Salah satu menu yang menyebabkan penurunan cepat dan banyak...bagaimanapun penurunan tersebut perlu disekat kerana saya bukan obesiti dan bukan juga ada lebihan berat badan...saya hanya mahu turunlkan peratusan kadar lemak sahaja
DeleteTagline hidup saya adalah makan sementara boleh makan, dah sakit nanti semuanya tak boleh makan. Cuma masa makan, kena beringat. Makan dalam kuantiti kecil dan tak berlebihan.
ReplyDeleteSaya doakan semoga diet tuan berjalan lancar, btw harini breakfast oat ke telur separuh masak?
tagline yang bagus tu...saya hampir setiap hari sarapan begitu
Deleteno 3 tu sedap tp sy bimbang sy kena cirit je hahahah
ReplyDeletenampaknya perut Anies tidak tolerance dengan telur separuh masak...tak pe ,menu lain ada
Delete