Tanpa malu atau segan, saya akui masih tergolong dalam kategori B40 dengan pendapatan bawah RM4850 sebulan.
Bukan rahsia lagi.
Ya, dengan syarat pendapatan saya tidak digabungkan dengan pendapatan isteri.
Secara praktikal tidak afdal digabung kerana wang isteri ialah wang dia dan wang suami adalah wang suami isteri...setuju ?
Persoalannya kini apakah mindset B40 menurut pandangan saya.
Sebagai rakyat B40 saya mestilah mahu menjadi golongan M40 dan seterusnya T20.
Inilah sebabnya best kalau sudah menjadi T20
Tentu bahagia dan gembira sekali dapat menjadi penyumbang zakat pendapatan dan harta.
Tentu rasa bangga dan suka jika menjadi pembayar cukai yang memberi pendapatan kepada hasil negara.
Wajar menjadi orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.
Namun realitinya belum lagi.
Sungguhpun belum menjadi realiti tentu tidak salah berangan seperti Mat Jenin.
Berangan untuk berada di kategori T20 dengan memandu kereta Axia E Type R.
Berimpian untuk duduk rumah selesa yang lengkap fasiliti moden dan rekaan klasik bertema minimalis.
Berazam untuk dapat kemudahan beribadah tanpa rasa khuatir dan risau lagi dengan urusan dunia.
Beriltizam untuk menjadi insan yang pemurah dan lemah-lembut dengan masyarakat sekeliling.
Itulah angan-angan Mat Jenin versi golongan marhaen B40 menurut pemahaman saya.
Persoalannya kini adakah mindset B40 yang saya miliki ini sama dengan mindset B40 yang lainnya.
Jika ya, maka kita serupa dalam mengangkat cogan kata 'segulai sejalai.' atau jalan beriringan seia dan sekata.
Nota mrhanafi:
Sungguhpun saya golongan B40, saya masih gagal menyelami inti pati mindset B40 secara keseluruhannya.
Adakah sama ?
Adakah berbeza ?
Yang pasti jalur rezeki dan aturan hidup kita unik antara satu sama lain.
Namun walau apapun status kalian sama ada B40, M40 atau T20 maka wajib letakkan rasa bersyukur.
Orang yang bersyukur maka nikmatnaya akan bertambah dan berganda.
Percayalah.
11 Comments
Tak salah berangan-angan lagipun ianya percuma.
ReplyDeleteBagi Mrs. A kita tak boleh lump sum kan mindset semua B40 itu sama ada aje yang berbeza.
Tujuan kerajaan dulu bezakan taraf pendapatan B40, M40 dan T20 adalah senang nak agihkan bantuan kepada yang memerlukan ikut taraf tu tapi ntah kenapa status sosial dah jadi bahan ejekan pulak
saya kurang suka ada golongan yang mempersendakan golongan B40...mentang-mentang mereka M40 dan bukannya T20 pun yang boleh pandang rendah kepada orang lain.Bahkan T20 tiada semua yang bersikap demikian
Deleteminda B40 adalah, cukup makan minum, tidur selesa, ibadah pn mudah...
ReplyDeletetp secara peribadi sy x suka 'kasta' ni...😀
kalau dalam Islam ada asnaf...tapi ada pelbagai kategori. cuma yang biasa kita dengan ialah orang kaya dan orang miskin...semua ini ada hikmah yang tersendiri
Deletekelebihan si miskin mudah utk ke syurga...
DeleteKalau tak silap kategori B40, M40 dan T20 ni akan dihapuskan.
ReplyDeleteHarap dihapuskan...setakat ini saya belum lagi dengar infonya
Deletex adil mengelaskan pendapatan penduduk mengikut 3 kelas berkenaan. Kdgkala gaji rm10K duduk di KL ni pun layak dikira B40 jika ada byk tanggungan n kos hidup yg tinggi...
ReplyDeletekalau di kampung dengan pendapatan RM10K...rumah tak bayar , motosikal tak bayar dan makanan boileh tanam sendiri memang rasa sangat kaya
DeleteSetujuuu.. tanpa rasa syukur, mau dikasih rezeki sebanyak apapun, tetap hati Tak akan puas. Selalu merasa kurang.
ReplyDeleteTapi kalo selalu banyak bersyukur dengan apa yg kita terima, lebih baik pula tetap menyisihkan sedikit dari rezeki tuh kepada orang lain, walo hanya 2.5%, saya yakin Allah akan melancarkan rezeki kita. Itu selalu saya tanam dlm kepala bang.☺️
baguslah begitu...hidup ini wajar bersyukur baik diberi kesenangan atau sebaliknya..
Delete